
Walaupun majlis pelancaran album ini telah berlangsung seminggu yang lepas (Isnin, 23 Ogos 2010), namun kami dengan rasa berbesar hati ingin mengkhabarkan kepada anda semua bahawa kami sebagai krew eRama berasa amat bangga dengan penghasilan album 'Tiada Lama, Tiada Baharu' ini.
Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, bertempat di FINAS Hulu Klang, Selangor. Satu majlis pelancaran album “TIADA LAMA TIADA BAHARU” oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB. DATO' SERI UTAMA DR. RAIS YATIM's dan isteri, Datin Seri Maznah Rais telah dianjurkan.


Bersempena dengan pelancaran album tersebut, majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Shifa, Rumah Amal Limpahan Kasih dan Rumah Tunas Harapan Payung Seri Sejahtera turut diraikan dengan sumbangan ikhlas sebanyak RM5000 oleh Dato’ Afendi Hj Hamdan, Pengerusi Executive eRama Records Sdn.Bhd.

Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran jemputan daripada artis-artis veteran tanah air yang sudi meluangkan masa mereka. “Apabila dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama macam ini, kita dapat berkongsi cerita-cerita terbaru tentang mereka. Aktiviti sebegini memang sihat dan menggembirakan kami” ujar Norlia Ghani salah seorang pelakon veteran yang hadir.

Antara artis-artis lain yang turut memeriahkan majlis ialah Dato’ Aziz Satar, Kuswadinata, Mak Mah, Dato’ Yusuf Haslam, Hairi Othman, Hamid Gurkha dan Betty Benafe. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya daripada artis FINAS sendiri.
No comments:
Post a Comment