Wednesday, December 14, 2011

MAJLIS PRA PELANCARAN PROGRAM REALITI 1 IMPIAN


Bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis pra pelancaran program realiti 1 Impian. Ia bertujuan mencari pengarah muda melalui program realiti 1 Impian. Program ini terbuka kepada rakyat malaysia yang berumur 18-25 tahun dengan memuat naik hasil karya filem yang berdurasi 3-5minit di www.1impian.my.








Ahmad Idham Ahmad Nadzri merupakan pengarah filem yang telah menyediakan platform kepada orang ramai yang mahu menjadi pengarah muda.

Program ini turut dianjur bersama 1malaysiaTV dan Erama.TV bertujuan mencari pengarah muda yang berbakat untuk mengarah filem bersama Ahmad Idham Ahmad Nadzri

Majlis tersebut turut dihadiri oleh pelajar-pelajar dari KLMU,UiTM, President College dan UPM.

Seorang pemenang yang terpilih akan berpeluang untuk mengarah filem di bawah bimbingan Ahmad Idham dengan peruntukan RM1 juta termasuk kos produksi .

“Saya tiada masalah untuk mengajar pengarah muda, tetapi masalah saya adalah untuk menemui pengarah yang mempunyai idea yang bagus dan kreatif,” ujarnya.


MORE PHOTOS --->CLICK HERE

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...