Wednesday, September 1, 2010

Sajikan dengan Erama Aidilfitri

Satu lagi majlis berbuka puasa telah berlangsung di Hotel Legend, Kuala Lumpur pada 25 Ogos 2010 yang lalu. Majlis berbuka disertakan dengan majlis pelancaran album ERAMA AIDILFITRI oleh Dato Seri Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

ERAMA AIDILFITRI ini adalah album hasil usaha keras oleh Erama Records Sdn.Bhd. Album kompilasi ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi dunia seni suara tanah air ini dengan menghasikan lagu-lagu raya yang baru bersempena dengan kedatangan bulan Syawal yang dinanti-nantikan.

Majlis ini, diserikan dengan kehadiran artis-artis yang terlibat sama dalam penghasilan album kompilasi tersebut. Antara artis-artis yang hadir ialah Aizat, Kumpulan Sepah, Noraniza Idris, Awie, Wings, Ustaz Ghazali dan ramai lagi. Majlis bermula dengan ucapan daripada Dato Seri Ismail Sabri yang seterusnya melancarkan album ERAMA AIDILFITRI. Diikuti dengan bacaan doa seterusnya acara berbuka puasa dan solat maghrib beramai-ramai. Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari artis-artis yang terlibat didalam album kompilasi ini.

Album ini memuatkan 4 buah lagu baru dan 6 buah lagu lama diberi nafas baru,dan penampilan khas Ustaz Ghazali Ibrahim adik kepada Allahyarham Ustaz Asri Rabbani dengan featuring Doul mendendangkan lagu "Keharmonian Hari Raya". Album ini telah berada dipasaran dan dapatkan Video Klip percuma "Keharmonian Hari Raya"dengan setiap pembelian Album "Erama Aidilfitri"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...