Tuesday, April 12, 2011

Hari Usahawan Muda 2011 SK Hulu Kelang


10 april 2011 telah berlangsungnya program Hari Usahawan Muda 2011 di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. Tujuan penganjuran Hari Usahawan muda 2011 ini adalah untuk mengumpul dana bagi melengkapkan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sekolah, memupuk semangat keusahawanan di kalangan murid-murid sekolah, menambah dana kewangan PIBG sekolah, serta memperkukuhkan dan memantapkan peranan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan sekolah.



Program bermula jam 8.00 pg hingga 6.00 petang ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang di jalankan antaranya senam robik, rumah hantu, pertandingan karaoke, berhibur dengan artis jemputan seperti Pian Cecupak, Man&Bob Raja Lawak dan sebagainya. Selain itu pengunjung berpeluang mendapatkan autograf serta bersesifoto bersama artis.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Y.B Senator Tan Sri Dato' Dr Jins Shamsudin. Akhir sekali, pihak erama mengucapkan ribuan terima kasih kepada SK Hulu Kelang atas jemputan bagi memeriahkan lagi program ini. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...