Majlis Pelancaran Filem Gerimis Mengundang serta Majlis Menandatangani MoU diantara E-Rama Creative Sdn. Bhd. bersama Wanna-B Music Production telah berlangsung di Museum Chinese Restaurant, Legend Hotel, Kuala Lumpur. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. Majlis turut dihadiri oleh Duta Besar Indonesia untuk Malaysia iaitu Jenderal Da'i Bachtiar.
Filem yang telah memulakan pengambaran di sabah dan indonesia pada 28 jun ini adalah filem pertama diantara E-Rama Creative dengan Wanna-B yang dibintangi oleh artis dari dua negara iaitu Kamal Adli & Olivia Lubis Jensen. Y.Bhg Datuk Md Afendi, Pengerusi Eksekutif E-Rama Creative dan Naldy Nazar Haroen, President Director Wanna-B memlih pengarah profilik Malaysia iaitu Ahmad Idham Ahmad Nadzri (Excellent Picture) untuk mengarahkan filem tersebut.
Pada majlis tersebut juga E-Rama Creative memperkenalkan penyanyi dibawah naungan mereka iaitu Brenda bagi mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk Manusia Biasa dan selepas itu dikuti nyanyian lagu Do Re Mi nyanyian dari Budi yang merupakan artis Indonesia dibawah naungan Wanna-B. Selepas itu mereka berdua berduet bersama menyanyikan lagu tema filem Gerimis Mengundang yang diolah semula dari nyanyian asal kumpulan Slam.
No comments:
Post a Comment